nizam seorang yang periang dan ramah ,shariff pula serius orangnya,satu hari kami di kejutkan dengan berita budak housekeeping terkena histeria,ramai pulak tu,tak silap aku 16 orang semuanya ..ini semua terjadi kerana ada salah seorang dari mereka telah memetik sekuntum bunga yang di beri nama 'kembang di waktu senja" ini kerana bunga itu akan kembang di waktu senja.budak itu mengambil bunga itu semasa mereka sama sama pergi jungle tracking di hutan,selepas itu kesemua yang pergi jungle tracking terkena histeria kecuali budak yang mengambil bunga itu.hanya orang yang mengetahui khasiat bunga itu sahaja yang tahu apa kegunaanya.jadi pihak resort world memberi kata dua pada budak itu samada berhenti atau pulangkan kembali bunga itu.,budak itu memilih untuk berhenti bekerja ...
jadi yang menanggung derita ialah kawan2 lain yang di ganggu penunggu bunga itu,selagi bunga itu tidak di pulangkan selagi itu penunggu itu terus mengganggu mereka,tpi apakan daya kerana bunga itu sudah tiada, pernah saya berjumpa dengan salah seorang dari mereka yang terkena histeria,dia cakap ada bau serai kat saya,dan dia tak tahan dengan bau itu sebab kuat sangat baunya,saya tau bau itu datang dari dompet saya ,sebab saya ada bunga serai kampung.saya pun terpaksa pergi atas permintaan budak tu.
selepas itu seorang demi seorang yang berhenti bekerja kerana tidak tahan di ganggu,tapi aku pelik dengan perubahan room mate aku ni, nizam...dia dah jadi pendiam cakap sorang2,lembab selembab2nya tapi makan banyak, bayangla mandi pukul 6.00 pagi ,tpi lepas aku mandi pukul 6.30 pagi pun dia belum siap dengan baju seragam, lepas itu saya pergi ke padang kawad,saya dan shariff pelik kenapa nizam tak sampai2 lagi di padang kawad.sepatutnya pukul 7.00 mesti dah kena terpacak kat sini,setelah beberapa latihan kawad kaki di jalankan ,seingat aku pukul 9.00 pagi baru dia sampai,itupun naik teksi, pelik....
setelah kami ditempatkan di post masing2 aku pun cuba mencari punca kenapa nizam jadi macam tu,nizam tetap sama lembab seprti biasa,akhirnya pihak resort world meminta beliau untuk cuti tanpa gaji selama sebulan.jadi kesempatan itu aku ambil untuk menyiasat,akhirnya baru aku tahu dia pernah cuba ubatkan geng2 yag terkena histeria tadi,patutla ...baru belajar separuh jalan dia dah berani nak ubat orang, cari penyakit,...aku sendiri pernah di sakat ketika naik lift,aku tak pelu menekan button tingkat mana aku nak pergi,seperti ada orang yang tahu kemana destinasi aku ,aku biarkan ajer..hahaha
setelah lebih sebulan nizam datang nak ambil barang barang yang ada dalam bilik kami,nizam ceria dan peramah seperti kali pertama kami berjumpa dulu,dia kata ustaz yang mengubat tu cakap hantu raya bertenggek kat belakang dia,hhmmm ...dalam hati aku berkata,patut la lembab lain macam ajer, walau apapun aku tetap bersyukur kerana dia selamat..ALHAMDULILLAH...moral citer ni adalah,jika ilmu tak penuh di dada jangan nak mengada2 nak ubat orang,ni bukan perkara main2...wallahualam
salam nk tau brpa gaji die ek kt sana>
ReplyDeleteHi Zul sy nk Tanya senang tak jadi polis bantuan Kat Genting?
ReplyDeleteTolong email sy azrilazli86@yahoo.com atau whatsapp 01137940300...
ReplyDelete