satu lagi cerita mistik yang aku ingin kongsikan bersama anda ialah ketika kami balik daripada berubat di keratong 10,setelah selesai rawatan kami pulang kerumah,setibanya di rumah ,seingat aku dah pukul 12.00 malam,perut yang keroncong memaksa kami untuk keluar kembali ke highway keratong,yang peliknya aku memandu dalam kelajuan biasa,tapi perjalanan yang sepatutnya setengah jam memakan masa sehingga 1jam,pelik,aku dah tak sedap hati.....sampai di kedai kami pun order makanan , sambil makan aku berbual bersama kenalan yang kebetulan makan di situ,tiba2 aku rasa rusuk kananku seperti di cengkam,semakin lama semakin kuat,rupanya kawanku telah menyedari kehadiran entiti yang tidak di ketahui yang menyebabkan badannya tak bermaya,aku segera membaca bismillah 5,untuk menahan kesakitan itu,akhirnya ia berkurangan...
setelah membayar harga makanan ,kami pun pulang,belum sampai separuh jalan ,hujan lebat selebat2nya,viper pun tak dapt menepis air hujan yang macam di simbah ke cermin keretaku..aku terpaksa memperlahankan kenderaan,tapi yang peliknya sebuah kereta kancil memotongku seolah2 hujan yang sebegitu lebat langsung tak menjejaskan permandangannya,dan terus hilang dari pandangan,aku berfikir...kenapa dia boleh menonong jer sedangkan aku memandu proton wira dan dia pula kereta kancil jer...pelik jugak...aku teruskan pemanduan dengan bacaan2 tertentu.....
tiba2 dengan tidak semena2 datang kabus hitam yang tebal dari meluru laju dari arah depan menuju kepadaku, tapi alhamdulilah aku sudah bersedia dengan situasi seperti itu dengan bacaan ayat2 suci ALQURAN...belum sempat kabus itu sampai di kereta tiba2 kabus hitam itu seperti di tiup angin hilang begitu sahaja,akhirnya kami sampai dengan selamat,dalam hatiku berkata..semua ujian itu datang dari Allah dan kita sebagai hambanya redha dengan apa yang berlaku...wallhualam...
No comments:
Post a Comment