kejadian ini berlaku pada adik perempuanku sendiri kira kira 6 tahun yang lalu,iaitu tahun 2004 ,ia berlaku kerana ada sedikit perselisihan faham antara adikku dan suaminya di rumah orang tuaku, suaminya balik sendirian ke kuala lumpur,tinggal la adik aku kat rumah ,kebetulan aku ada kt rumah orang tuaku masa tu...dia menangis dan x keluar bilik dari tengahari hinggalah ke senja...selepas sembahyang magrib aku duduk berdepan dengan bilik adik aku....pintu bilik tu terbuka separuh....bila aku pandang ke dalam bilik tu aku ,aku terkejut sebab aku nampak adik aku seperti wanita yang sangat tua...rambut serabai....
aku beranikan diri mendekatinya...tiba2 dia bersuara dengan terketar2" laki aku tinggal aku"....memang suara dia cam orang tua ...macam2 dia cerita padaku..tiba2 aku tak dapat mengawal perasaan marah,badan aku menggeletar ,mata aku panas ,telinga aku panas ,...aku merasakan seolah2 ada sesuatu ingin menguasai badan aku...aku cuba control..tpi semakin aku tahan semakin kuat pula benda tu nk masuk dalam badan aku,aku pun membaca AYATUL QURSI ,dan beberapa potong ayat dari surah YAASIN...barulah aku dapat mengawal diriku...aku masuk kembali kedalam rumah...mata adikku liar memandang aku dan tiba2 dia berkata " abang baik".....
terkejut aku...kenapa dia panggil aku abang sedangkan selama ni dia hanya memanggil aku "adi"...apa maksud "abang baik " yang di ucapkan sebentar tadi....ayahku cuba merawat adikku tapi tidak berjaya,aku pun memanggil lepas sorang sorang bmoh yang berdekatan,sehingga bomoh yang ke 8,adik aku di rawat dengan bermacam kaedah,ada yang pakai kemenyan,ada yang pakai sirih...tapi bomoh yang terakhir menampakkan perubahan.pagi itu aku tidur dengan lena sebab terlampau letih melawan semngat jahat yang ingin memasuki badanku....siangnya seperti tak ada apa yang berlaku,cuma dia memilih air jampi yang di sediakan beberapa orang bomoh malam tadi,ada yang sedap dan ada yang tak sedap,...dah tentu aku bagi yang tak sedap..hahaha...tpi yang peliknya kalau dia belai rambut,seolah2 rambut dia panjang dari rambut asal..maksud aku melepasi rambutnya...entah la
malam itu aku dah nak balik ke tempat kerja ,aku menumpang rakanku zaki yang duduk di chini 5,adik ku meminta aku meletakkan kain batik di atas syiling tempat tidurnya, pelik...apa mksudnya yer? aku tengok dia macam dah sembuh,tapi hatiku berkata sebaliknya...aku pun mengambil surah yaasin dan membacanya...sampai ke ayat salamun khaulammirrabirrahim,aku ulang sehingga 9x...tiba2 adik aku yang tadi tenang mengilai2 seperti pontianak,selepas aku menghabiskan bacaan surah YAASIN,aku lihat dia tidak bermaya,seperti orang dah nazak...pelik... sebenarnya aku dapat mengagak makhluk yang ada dalam badan adik aku ingin aku meninggalkan rumah itu,supaya dia dapat bermaharaja lela..mungkin la...tapi Allah telah mengilhamkan aku untuk membaca yaasin,...aku terpaksa batalkan niatku untuk pulang...aku ambil cuti selama 2 hari,kerana tak sanggup untuk meninggalkan kedua orang tuaku...zaki kawan aku dapat duduk sekejap sahaja sebab dia lemah semangat,
aku terpaksa memanggil seorang bomoh perempuan di atas cadangan kawan aku,aku pergi kerumah bomoh tu dan menceritakan segala2nya yang aku tahu,dia pun setuju dan meminta aku membantunya nanti,aku setuju...
sampai di rumah dia pun memulakan rawatan, dia menekan sesuatu di jari adikku..tiba2 adikku meraung sekuat hati,sedangkan sebelum ini dia seperti orang yang dah nazak,..dia seperti marahkan bomoh itu...tiba2 dia mengilai sekuat hati ,mau satu kampung dengar hilaian adik aku tu..rupanya selama ini dia bersembunyi di kemaluannya,kebetulan adik aku datang kotor... ,patutla ramai bomoh lelaki tak dapat kesan....jadi bomoh perempuan itu meminta aku barang yang di perlukan untuk mengubat adikku malam esok..antaranya..daun bidara,sirih bertemu urat ,limau nipis,daun teratai,dan macam2 lagi....
esoknya aku pergi mencari barang yang diperlukan..daun teratai terpaksa aku ambik kat tasik chini...setelah selesai aku pun pulang kerumah,aku sorokkan barang2 tadi di luar rumah,tapi aku masuk kerumah aku tengok adik aku begitu gelisah ,buat apa pun macam tak kena...bila malam menjelma ,tiba2 adik aku menjerit" aku kena mandi macam mayat"lepas tu dia pun mengilai..aku pelik kenapa dia macam tahu pasal apa yang kami akan buat malam ni,pada hal dia tak tahu pun pasal malam ni,hhmm entah la
setelah bomoh perempuan itu sampai,bahan telah di sediakan ,dia pun memulakan rawatan dan meminta aku membantunya,aku di bahagian kepala dan bomoh itu di bahagian kaki...setelah bacaan ayat2 suci AL QURAN di bacakan ...tiba2 dia menjerit dan cuba mengganas,aku pun semakin kuat membacakan ayat2 suci...aku minta beberapa orang memegang adikku yang meronta2 melepaskan diri,dan dengan tiba2 dia menjerit " BAPAK TOLONG....,.IBU TOLONG ....ABANG TOLONG.......aku pelik ,kenapa dia memanggil sepeti itu...sedangkan selama ni dia memanggil emak ,abah,dan aku dia hanya memanggil nama sahaja...tiba2 seprti ada semangat lain yang igin masuk dalm tubuhku ,tapi aku melawan dan tiada apa yang berlaku,cuma adik aku semakin kuat meronta,sehingga tangan salah seorang rakanku berdarah di cengkam oleh adikku....setelah selesai rawatan ,adikku semakin lemah dan dia seperti dah pulih...setelah selesai di mandikan adik aku tidur dengan lena....
setelah seminggu bekerja ,aku balik kekampung nak menjenguk kedua orang tuaku dan melihat adikku, sampai di rumah aku tengok semua sihat..alhamdulillah, tiba2 mak aku mengajak aku masuk ke rumah, rupanya dia nak tunjukkan lukisan yang adik aku buat, gambar seorang wanita tua,sebelah muka buruk dan sebelah lagi masih elok,pakaian putih dengan air mata darah,kuku panjang dan rambut mengerbang,...baru aku nak bertanya lebih lanjut tentang lukisan tu...tiba2 adik aku dah ada kat depan kami...masa bila dia datang,pelik..." kenapa" dia bertanya...aku hanya mendiamkan diri....entahla...tapi sekarang adikku dah sihat
aku berkongsi pengalaman ini dengan anda untuk kita sama2 berkongsi pengalaman hidup aku...jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.....
No comments:
Post a Comment