CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Monday, March 7, 2011

santau (cerita dari seorg sahabat )

Sebelum cerita ini dimulakan diminta pengujung sedekahkan kepada arwah Al-Fatiha. Cerita berlaku pada seoarang sahabat baik aku yang lebih dikenali sebagai Amy. Kisah bermula dari mak Amy yang mempunyai sikap yang suka mengata orang. Apa saje yang di lihat terus diumpatnya. Aku dan Amy merupakan sahabat baik. Pergi dan balik sekolah bersama, kami menaiki bas untuk ke sekolah. Pada satu pagi yang hening lagi sunyi aku menunggu Amy seperti biasa, tidak sampai lima minit Amy pun muncul kelihatan mukanya begitu pucat dan tidak bermaya, aku terus bertanyakan hal itu kepadanya namun jawapanya hanya demam biasa sahaja.Keadaanya terus belarutan sehingga dua minggu aku melihatnya keadaanya semakin parah tulang pipinya mula timbul menandakan badanya telah susut. Aku mula risau dan menasihatkanya untuk berjumpa doktor tapi jawapanya tetap sama yang dia demam biasa sahaja dan doktor telah memberikannya ubat. Aku merasakan ada sesuatu yang Amy cuba rahsiakan dari aku. Aku semakin bingung melihat keadaanya walaupun badanya begitu lemah tetapi cara makanya mengalahkan orang sihat, dia makan telalu gelojoh dan mampu menghabiskan makanan untuk tiga orang sekali. Aku bertambah risau, setelah sekian lama aku menunggu tibalah satu saat Amy menyatakan ingin berjumpa aku pada malam khamis dirumahnya kerana ada sesuatu yang ingin dibicarakan pada aku. Aku ingin sangat berjumpa denganya tetapi ibu aku tidak mengizinkan kerana waktu malam dan tidak mahu maknya mengata aku. Aku menurut sahaja kemahuan ibuku. Keesokanya aku menunggu Amy seperti biasa di perhentian bas namun dia tidak juga muncul sehingga bas berlalu pergi. Aku mula berasa salah pada Amy dan ingin memohon maaf padanya tetapi selepas hari yang Amy ingin bertemu dengan aku, aku tidak lagi melihat Amy. Selepas seminggu aku mendengar khabar yang Amy sudah meninggal dunia di Melaka. Aku merasa sedih dan pergi ke rumahnya untuk bertanyakan halnya. Sampai dirumahnya aku berjumpa maknya, kelihatan maknya begitu sedih dan mula menceritakan hal sebenar kepada aku. Sebenarnya Amy terkena buatan orang yang ditujukan kepada maknya tetapi Amy yang melangkahnya. Keadaan Amy mula berubah selepas itu dia tidak mahu tidur dan meracau-racau setiap kali magrib dan makan makanan terlalu banyak. Keluarganya mula risau dan membawa Amy berjumpa doktor tetapi doktor mengatakan yang Amy sihat sahaja. Mak Amy cuba membawa Amy berubat secara tradisional banyak tempat sudah dikunjungi tetapi keadaan Amy tetap sama malahan bertambah teruk sehinggalah iktihar yang terakhir mereka membawa Amy ke Melaka. Di Melaka mereka berjumpa seorang ustaz yang akan cuba mengubati sakit Amy. Ternyata Ustaz tersebut begitu handal sehingga dapat berhubung dengan mahluk yang memasuki tubuh Amy. Ustaz tersebut mengarahkan mahluk tersebut keluar namun mahluk tersebut berkeras dan mengatakan "Jika aku keluar dia akan mati" Ustaz tersebut mula berkeras mengeluarkn mahluk tersebut sehingga saat mahluk itu hendak keluar dia menyatakan " aku telah berjanji kepada tuan aku yang kamu sekeluarga akan terima balasan yang sama dengan dia secara berperingkat" selepas itu Amy terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak Amy mengalirkan air mata menceritakan hal ini dan menyatakan keinsafanya dan akan menjaga tingkah lakunya. Aku turut bersimpati dan mengambil iktibar diatas apa yang berlaku.

More About : Santau Membawa Maut 

No comments:

Post a Comment