CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Saturday, October 16, 2010

pengalaman di aidilfitri 2010

cerita ini bermula di kampungku pada hari raya ke 2...warga kampung di kejutkan dengan kematian anak kawanku yang meninggal dalam kandungan pada usia 7 bulan,aku dan rakan2 ku berkumpul di rumah sambil berbual,maklum la sesekali berjumpa....tiba2 kawan aku yang bernama man  ingin meminta diri balik kerumah sebab dia cakap dia sakit perut ,aku pun bergurau dengan man ' cepat sikit ,kang tercicir pulak kt sini" ,man pun pulang kerumah...

tak sampai pun 5 minit dia sampai datang balik dengan mata yang merah dan berair ,dalam hati aku cakap kenapa pulak man ni ...menangis ker..." adi tolong aku ,mata aku kena sembur ular" laung man sambil mengesat2 matanya,dengan kelam kabut aku balik kerumah san segera menghidupkan enjin kereta ,belum pun panas enjin kereta itu aku terus membawa man ke klinik kerajaan, yang kelakarnya sampai di klinik aku terus menerpa kebilik emergency,setibanya disitu aku lihat ada seorang lelaki duduk di kerusi roda," aku pun bertanya lelaki itu samada doktor ada atau tidak, tak sangka pulak rupanya dialah doktor yang kami cari....hahhaha .selepas di rawat kami pun pulang kerumah.

malamnya kwan aku menjemput aku pergi tahlil di rumahnya ,dan aku tengok man pun ada kat situ,aku pun bertanya tentang matanya,man cakap mata kanannya dah kabur ..tiba 2 terpacul dari mulut aku " ko datang rumah aku lepas tahlil ni"....sampai je kat rumah aku pun mengambil segelas air ,dan aku bacakan doa penawar bisa..dan aku pun menyuruh man minum air tadi.selpas itu aku mengambil cincin kayu hati kelor milikku. dan aku lekapkan cincin itu di mata kanannya,air bisa mengalir deras dari mata kanannya,,aku buat berulang kali sambil membacakan doa2 tertentu...setelah selesai aku menyuruh man makan epal hijau.

esoknya man datang kerumah aku dengan wajah yang ceria,dia kata matanya dah terang macam biasa,dalam hati ku mengucap ALHAMDULILLAH ...sesungguhnya jika bukan kerana dengan izinya ,penyakit itu tak boleh di sembuhkan,....syukur kepada Allah....

No comments:

Post a Comment