CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Tuesday, August 14, 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan ( Ruqyah Syar'iyyah )

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba.. Langkah 1 Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat. Langkah 2 Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati. Langkah 3 Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN. Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka. Sambungan di sini: http://goo.gl/U6aht

SEKETIKA BERSAMA SYEIKH FAIZAL MUALIJ DI SEGAMAT...

                                    KES 1 ( KERANA FACEBOOK )
Ana tiba di segamat pada pukul 11.00 pagi ,setelah menerima panggilan dari sahabat ana iaitu syeikh faizal (Akrine Segamat) ..setelah selesai pekena roti canai ,ana dan faizal pergi ke rumah pesakit 1..menurut ayahnya anak perempuan beliau terkena histeria  setelah beberapa tahun tidak mengalaminya..setelah di scan oleh syeikh faizal ,terdapat jin sihir dan jin asyik...dan kami lebih memberi perhatian pada jin sihir , dengan meneruskan sessi dailog.."wahai jin sihir ..mengapa kamu berada badan pesakit,adakah kamu disuruh, ia mengangguk...adakah kamu tidak takut dengan azab ALLAH..sesungguhnya sihir kamu ini tidak ada apa2 melainkan mendapat kemurkaan dari ALLAH...sessi dialog di teruskan ..jin itu terpaksa ..kerana anak dan isteri jin  itu telah di tawan oleh Bomoh berkenaan ..(wallahualam ..kerana kita x boleh mempercayai kata2 jin )
   
     Menurut  sessi dialog  ....kononnya pesakit telah menolak cinta pemuda berkenaan ..dan pemuda tersebut telah mengambil gambar dari facebook pesakit ,dan di sihirkan pesakit melalui gambar tersebut

JENIS-JENIS SIHIR


Photobucket Image Hosting

JENIS-JENIS SIHIR

SIHIR PENYAKIT

Tanda-tanda sihir penyakit ini ialah :-

-Salah satu anggota badan selalu merasa sakit

-Urat saraf selalu tersumbat

-Salah satu anggota badan menjadi lumpuh

-Lumpuh secara keseluruhan

Perlu diingatkan disini bahawa sebahagian tanda-tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit anggota badan biasanya.Akan tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ayat-ayat al quran atau memasang mp3 ruqyah kepada orang yang terkena sakit tersebut.Jika orang yang terkena sakit itu merasa pening kepala,menggigil dan terjadi perubahan pada tubuhnya ketika dibacakan ayat-ayat al quran tersebut,hal ini menunjukkan bahawa orang tersebut terkena gangguan/sihir.

Kaedah pengubatan sihir penyakit

-Bacakanlah ayat-ayat al quran ruqyah syariah seperti fatehah 1x,qursy 3x,al a`raf 117-122 3x,yunus 81-82 3x,thaha 69 3x dan 3qul 3x pada ubun2 pesakit.

-Perdengarkan mp3 ruqyah 3x sehari iaitu pada waktu maghrib,isyak dan sebelum tidur.

-Sediakan cuka makan sebotol dan bacakan fatehah 1x,al ikhlas 7x,al falaq 7x dan an nas 7x lalu tiup 10 saat pada cuka tadi.

-Sapu cuka tadi pada dahi pesakit dan anggota badan yang terasa sakit 2x sehari iaitu pagi dan petang.



Photobucket Image Hosting

SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN


Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.Adapun tanda-tanda sihir ini diantaranya :-

-Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.

-Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.

-Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.

-Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

-Selalu gelisah didalam tidurnya.

-Kadangkala merasakan sakit didalam perut.

-Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.


Kaedah pengubatan sihir penghalang perkahwinan


-Bacakanlah ayat-ayat al quran sebagaimana yang dijelaskan diatas tadi kepada pesakit pada bahagian ubun-ubun.

-Jika tidak kerasukan jin,maka berilah ia amalan-amaln berikut :-

a)Sentiasa menjaga solat tepat pada waktunya.

b)Perdengarkan mp3 ruqyah syariah 3x sehari iaitu pada maghrib,isyak dan sebelum tidur.

c)Tidak mendengarkan lagu/muzik.

d)Berwuduk dan membaca ayat qursy 11x sebelum tidur.

e)Menghimpun kedua tapak tangan kemudian membaca surah 3qul 3x,selepas itu tahan nafas dan sapukan keseluruh badan (kecuali kemaluan) sebelum tidur.

f)Bacakanlah untuknya ayat-ayat al quran seperti fatehah 1x,al kafirun 3x,al ikhlas 3x,al falaq 3x dan an nas 3x kedalam air kemudian air itu diminum dan digunakan untuk mandi 3x sehari.



Photobucket Image Hosting

SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK LELAKI

Syaitan daripada sihir ini berpusat didalam otak lelaki,pastinya pada pusat rangsangan seksual yang mengirimkan isyarat-isyarat ke organ-organ peranakan,kemudian meninggalkan alat-alat peranakan tersebut bekerja sebagimana biasa.Apabila seseorang mendekati kepada isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual,maka syaitan akan memberhentikan pusat rangsangan seksual kedalam otaknya,maka berhentilah isyarat-isyarat yang akan dikirim keseleruh organ-organ yang akan menghantarkan darah kedalam alat kelamin yang boleh menyebabkannya menjadi tegang.Pada saat itu darah akan kembali dari alat kelamin lelaki dengan cepat,maka alat kelamin itupun akan lemah dan mengendur.

Oleh kerana itu anda mendapati seseorang lelaki seperti biasa sahaja ketika bercumbu kasih dengan isterinya,atau hendak melakukan hubungan seksual,keadaan alat kelamin yang tegang,tetapi apabila sudah dekat dengan isterinya,alat kelaminnya akan melemah dan tidak boleh lagi untuk meneruskannya,kerana kita maklumi bahawa alat kelamin yang tegang pada lelaki merupakan unsur utama dalam sempurnanya proses hubungan seksual seperti yang kita ketahui.

Kadangkala kita mendapati lelaki yang memiliki dua isteri,ia terikat dengan salah satu dari keduanya,kerana syaitan sihir hanya memberhentikan fungsi pusat rangsangan seksual pada salah seorang sahaja dari dua isterinya itu.


SIHIR IKATAN (JERUT) BAGI PIHAK WANITA

Sebagaimana ikatan ini terjadi pada lelaki dari isterinya,maka hal ini juga terjadi pada isteri dan suaminya,dan ikatan pada wanita itu 5 jenis :-

a)Ikatan dengan melarang.
-Iaitu seorang wanita berusaha untuk mencegah suaminya agar tidak menyetubuhinya,iaitu dengan cara merapatkan kedua belah pehanya yang satu dengan yang lainnya sehingga suaminya tidak boleh menyetubuhinya,dan hal itu sebenarnya diluar kemahuan wanita tersebut.
Bahkan ada seorang pemuda yang memarahi isterinya yang mengalami sihir jenis seperti ini,maka si isteri pun berkata "hal ini diluar kemahuan saya",bahkan isterinya ini berkata "ikatlah kaki saya dengan ikatan dari besi sebelum memulai hubungan seksual,sehingga peha yang satu tidak menempel dengan yang lainnya" Dan memang suami melakukannya,akan tetapi proses ini masih tidak berjaya,kemudian si isteri mengisyaratkan kepada suaminya agar memberikan suntikan bius kepadanya apabila ingin menyetubuhinya,maka proses hubungan seksual berjaya pada kali ini,akan tetapi hanya disebelah pihak sahaja.

b)Ikatan hubungan yang dingin.
-Jin yang mewakili sihir berpusat pada pusat rasa didalam otak wanita,apabila suaminya ingin menyetubuhinya maka jin menghilangkan rasa tersebut dan ia tidak merasakan kenikmatan dan tidak mahu menerima suaminya itu,bahkan tubuh isterinya itu seperti terkena bius walau dengan melakukan apa sahaja denganya,wanita itu tidak mengeluarkan cairan yang dapat membasahi farajnya,maka proses hubungan seksual tidak boleh berjaya dengan sempurna.

c)Ikatan keluarnya darah dengan berterusan.
-Jenis sihir ini berbeza dari sihir pendarahan yang berterusan,iaitu ikatan pendarahan ini hanya khusus ada waktu-waktu berhubungan seksual sahaja,sedangkan sihir pendarahan tidak ada hubungannya dengan hal tersebut,bahkan berlangsung selama beberapa hari.
Ikatan pendarahan dengan darah yang berterusan ini adalah,apabila suami ingin menyetubuhi isterinya maka syaitan akan mendatangkan darah yang sangat banyak (istihadah) padanya,sehingga tidak memungkinkan sisuami untuk menyetubuhi isterinya.

d)Ikatan penghalang.
-Iaitu apabila seorang lelaki ingin menyetubuhi isterinya,ia akan mendapati sepotong daging yang menghalanginya sehingga tidak memungkinkannya untuk menembusnya,maka proses hubungan seksual tidak berjaya.

e)Ikatan tipuan.
-Iaitu seorang lelaki mengahwini seorang wania yang masih gadis,dan apabila ia hendak menyetubuhinya ia mendapati isterinya itu seperti janda tanpa keraguan sedikitpun,maka setelah wanita itu diubati dan sihir telah hilang darinya,kegadisan dan keperawanannya pun kembali semula seperti asalnya.


Firman Allah S.W.T :
"Katakanlah,aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan (ikatan),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" AL-FALAQ 1-5




Photobucket Image Hosting

SIHIR RENDAH DIRI

Tanda-tanda sihir ini adalah :-

-suka menyendiri
-diam yang berterusan
-membenci setiap bentuk perkumpulan
-akal yang sering pelupa
-sakit kepala yang berterusan
-sikap tenang,diam dan bersendirian yang berterusan

Punca sihir rendah diri ini terjadi apabila tukang sihir mengirim jin kepada seseorang yang akan disihir,dan menyuruhnya berpusat diotak sehingga menyebabkan orang ini menjadi rendah diri dan menjauhkan diri dari orang lain.Maka jin melaksanakan apa yang diperintahkan dengan segala kemampuannya,dan akan tampaklah tanda-tanda itu pada diri orang yang terkena sihir,sesuai dengan kekuatan dan kelemahan jin yang telah ditugaskan oleh tukang sihir.

Kaedah rawatan untuk sihir ini ialah :-

-membacakannya ayat-ayat ruqyah syariah dan pegang pada ubun-ubun pesakit.

-apabila pesakit ini pengsan,maka berdialoglah dengan jin itu seperti yang telah kita terangkan.

-apabila sebelum pengsan,perdengarkan kepada pesakit mp3/cd ruqyah syariah 3x sehari.

-hendaklah pesakit menjauhkan diri dari ubat-ubat penenang.

-apabila pesakit merasakan sakit dilambung,maka bacakan ruqyah keatas air dan meminum air tersebut.

-apabila pesakit merasa sakit kepala yang berterusan,maka bacankanlah ayat-ayat ruqyah keatas air dan mandi dengan air itu sekali dalam tiga hari,dengan syarat tidak menambah air tersebut atau memanaskannya diatas api.




Photobucket Image Hosting

SIHIR GANGGUAN

Tanda-tanda sihir ini :-

-mimpi-mimpi yang menakutkan.
-pesakit melihat didalam tidurnya seoalah-olah ada yang memanggilnya.
-ada suara yang memanggilnya diwaktu ia bangun namun tidak melihat orangnya.
-banyaknya keraguan terhadap kawan-kawan.
-ia melihat didalam tidurnya bahawa ia akan jatuh dari tempat yang tinggi.
-ia melihat haiwan-haiwan mengusirnya didalam mimpi.

Punca terjadinya sihir ini dimana tukang sihir mengirimkan jin dan menugasinya untuk menyibukkan orang ini didalam tidur ataupun bangunnya,maka jin akan menyerupai haiwan-haiwan yang buas didalam tidurnya dan akan memangsanya,dan memanggilnya diwaktu ia bangun dengan suara-suara manusia yang dikenali oleh pesakit atau dengan suara-suara yang aneh,kemudian ia meraguinya dalam keadaan yang dekat ataupun jauh.Tanda-tanda ini akan berbeza sesuai dengan kekuatan dan kelemahan sihir itu,kerana kuatnya mungkin sampai keperingkat gila,dan kerana lemahnya mungkin hanya sampai setakat was-was sahaja.

Pengubatan sihir ini :-

-membaca ayat-ayat ruqyah pada pesakit.

-apabila ia pengsan,maka ubatilah dengan terus membaca ruqyah dan berdialog dgn jin itu.

-apabila tidak pengsan,berikan beberapa arahan berikut ini :

a)wudhu dan membaca 7x qursy sebelum tidur.
b)merapatkan kedua belah tapak tangan dan membaca 3qul 3x dan meniupkan ketapak tangan dan menyapu keseluruh.
c)mendengar cd/mp3 ruqyah 3x sehari.

SIHIR KELUAR DARAH YANG BERTERUSAN

Jenis sihir ini hanya berlaku pada wanita.Tukang sihir menyuruh jin untuk menyelusup kedalam tubuh wanita yang akan disihir dan menugasinya untuk mengeluarkan darah darinya secara berterusan,maka masuklah jin kedalam tubuh wanita dan ia mengalir dari salah satu bahagian dari rahimnya bersamaan dengan darah.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia pada pembuluh darah" (hadith riwayat Al-Bukhari)

Apabila jin sudah sampai ditempat tertentu dari bahagian rahim,ia akan memukulnya dengan satu pukulan,maka darah akan mengalir dari tempat yang sudah terbuka itu.

Rasulullah SAW bersabda ketika Hamnah binti Jahsy bertanya kepada beliau tentang al-istihadah : "ia adalah pukulan dari pukulan-pukulan syaitan"

Maka diketahui dari riwayat diatas tadi bahwa istihadah adalah dari pukulan dari syaitan didalam satu bahagian yang ada dialam rahim seorang wanita.

Pengubatan sihir pendarahan ini :-

-membacakan ruqyah syariah diatas tempat yang berisi air untuk pesakit,kemudian ia meminum dan mandi dari air tersebut selama 3 hari,maka darah akan berhenti dengan izin Allah.

-pesakit perlu membaca 3qul 3x tiap2 lepas solat.

-pesakit perlu mendengar cd/mp3 ruqyah 3x sehari.

-pesakit dilarang mendengar lagu/muzik.

GEJALA SAKA

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarisi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.

Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.

Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?

Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu Kepulauan Indonesia samada dari Kepulauan Sumatera, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

TANDA-TANDA SAKA

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb


Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

KAEDAH RAWATAN

-Segera berjumpa PERAWAT ISLAM yang berdekatan dan bukannya bomoh.
-Mesti ada kerjasama dan persetujuan keluarga dahulu.
-Diubat usul dahulu (ahli keluarga yang paling tua).
-Sesudah selesai ubati usul,barulah ubati anak dan cucu pula.
-Semua barang2 warisan atau yang berkaitan perlu dimusnahkan/dimatikan pengaruhnya.
-Setiap pesakit/ahli keluarga perlu membawa 2botol air mineral.
-Ayat-ayat rawatan yang dibacakan ialah fatehah,ar rahman 33-36,al jin 1-9 dan 3qul.
-Pesakit perlu mendengar mp3 ruqyah 3x sehari sebelum tidur
-Disiplin diri/istiqomah ketika mengamalkan zikir-zikir rawatan amatlah penting

PESAN GURU

Saturday, May 7, 2011

Doa Dan Amalan Untuk Elak Disihir

Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir

MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)

Dalilnya :

Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM”.

Dalilnya :

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM

Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)

MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

sumber : zaharuddin.net

Sunday, April 24, 2011

Alam jin..

Jin

Alam Jin Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan). Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja). Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak- anak Adam. Menurut kejadiannya, JIN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya. Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama- sama dialami oleh dua makhluk ini. Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah. Adakah Makhluk Setengah Manusia Dan Setengah Buaya Yang Dipanggil "ALLISAPIEN" Ini Adalah Makhluk Aneh Yang Dipercayai Berasal Dari Manusia Pada Zaman Dahulu Tetapi Telah Mengalami Perubahan Evolusi Yang Tersilap Seperti Yang Di Dakwa Oleh Seorang Ahli Paleontologist Iaitu Dr. Paul Ledbrader Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam Jin" ‘Syaitan Syiqq’ yang menyerupai separuh manusia dan haiwan.Sebenarnya Allah sudah menentukannya dalam rupa bentuk sedemikian, bukan disebabkan perubahan evolusi seperti yang didakwa oleh Dr. Paul Ledbrader Betulkah JIN Mempunyai Pelbagai Agama?? JIN juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak JIN terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan JIN kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan JIN yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan JIN. Seperti juga manusia biasa, JIN juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada JIN Islam yang bertaraf awam sahaja, JIN Islam yang di tingkat iman Khawas dan JIN Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "Sebaik-Baik JIN Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan JIN Islam yang awam dan JIN kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai- bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan JIN pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat. Bolehkah Manusia Melihat JIN? Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN (ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN). Firman Allah (bermaksud): “ Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27). Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian). Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia. ” Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan. Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi- kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu. JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk. Di samping itu ia juga takut akan perkara- perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya. ... (diambil dari indralasmana.co.cc)