CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Saturday, November 3, 2012

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH

A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya: 1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu. 2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh. d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin. 3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan. 4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang. 5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu. 6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan. 7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku. B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB 1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: – Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak. 2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini. 3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan. 4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku. 5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A. Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya: 1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara: a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah. b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan. c. Ketika menyeru kepada kebaikan. d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah. 2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib: a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib. b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib. c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib. d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib. 3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah: a. Hatinya berserta takut dan harap. b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah. c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah. D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W. Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata: 1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan. 2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam. 3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.” 4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong. 5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai). 6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima. 7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya. 8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian. 9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. 10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai. 11. Buta hati akan lupa zikrullah. 12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

DOSA YANG TIDAK DIAMPUN

Ada satu dosa yang tidak diampuni Allah, iaitu dosa syirik. . Firman Allah: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan Dia, dan mengampuni dosa selain dosa syirik itu bagi siapa saja yang dikehendakiNya. Sesiapa yang menyekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An'Nisa: 116) . Adapun dosa-dosa selain syirik, sebesar apa pun ia dan berapa saja banyaknya, akan diampuni Allah jika bertaubat atau meminta ampun kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Seperti telah diterangkan pada pembahasanA/te/i Maha Pengampun, orang yang telah membunuh seratus orang pun diampuni Allah dosanya setelah dia bertaubat dengan taubat nasuha. Begitu jugalah dengan dosa-dosa lainnya seperti berzina, mencuri, meminum arak, berjudi dan sebagainya, akan diampuni Allah jika betul-betui bertaubat kepadaNya. . Bererti hanya ada satu dosa yang tidak diampuni Allah, iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah. Mengenai syirik ini ada orang yang terang-terangan menyekutukan Allah, ada yang menyekutukan Allah secara tersembunyi dan ada juga yang menyekutukan Allah tanpa dia sedari. . Menyekutukan Allah secara terang-terangan misalnya orang yang mengiktikadkan ada tuhan bapa, tuhan ibu dan tuhan anak, seperti kepercayaan orang-orang Kristian. Begitu juga orang yang menyembah berhala, kononnya dia menyembah berhala itu tidak lain untuk mendekatkannya kepada Allah. Ada orang yang mempunyai akidah seperti itu. Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 3 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain Allah, mereka berkata: "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya." . Orang yang menyekutukan Allah secara sembunyi misalnya orang yang mempunyai fahaman ada yang berbuat mengatur alam ini selain Allah. Mereka yang beranggapan ada yang menjadikan selain Allah. Begitu juga tentang memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, menurunkan hujan, memelihara, begitu juga tentang memberi manfaat, mudarat, sebagainya. Banyak lagi contoh lain amalan yang membawa kepada syirik. Terkadang orang yang melakukannya tidak sedar bahawa dirinya telah melakukan amalan syirik. . Kesimpulannya hanya dosa syirik yang tidak diampuni Allah. Namun demikian tidaklah tertutup kemungkinan bagi orang yang melakukan syirik itu untuk bertaubat. Allah tidak mengampuni dosa syirik maksudnya selama orang musyrik itu tidak menukar fahamannya. Kalau dia sudah menukar fahamannya, dia percaya hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang menentukan dan menjadikan segala sesuatu, hanya Allah yang patut disembah, setelah itu dia bertaubat atas fahamannya yang menyimpang itu, maka Allah akan mengampunkannya. . Sumber: Syahrin J. (2007) Panduan Solat Taubat. Kuala Lumpur: Alhidayah Publications .

Sunday, September 9, 2012

Pengenalan Alam Ghaib

Pengertian ghaib dari segi bahasa ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata. Namun umum masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia, sering mengaitkan alam ghaib dengan jin, syaitan, jembalang dan sewaktu dengannya. Lebih menarik lagi timbul pelbagai jenis-jenis hantu jembalang. Sebagai contoh: Hantu raya Toyol Langsuir Jerangkung Pocong Hantu galah dan pelbagai nama lagi Sejak akhir-akhir ini pula, terlalu kerap media-media elektronik dan cetak menyajikan kisah-kisah seram. Saluran-saluran TV seolah-olah berlumba-lumba dalam menyiarkan pelbagai rancangan yang bercorak seram, mistik, misteri dalam mengenengahkan alam ghaib kepada khalayak. Begitu juga dengan pengeluar-pengeluar filem, saling bersaing antara satu sama lain mengeluarkan filem berunsur seram. Lebih-lebih lagi ada beberapa filem yang telah mendapat pengikitirafan, bila berhasil menarik ramai khalayak ke pawagam. Tanpa disedari umum masyarakat Melayu yang majoritinya adalah Islam, hanya mampu mengaitkan alam ghaib dengan alam mistik dan alam jin semata. Hal yang sedemikian adalah sangat membimbangkan kerana umum mengetahui hasil membaca, menonton siri TV atau filem berunsur seram ini, telah mencorakkan bangsa Melayu yang penakut. Takut kepada hantu jembalang dan seangkatannya. Tanpa kita sedar, kita telah melahirkan sekelompok masyarakat yang menyekutukan Allah. Yakni jatuh kepada dosa syirik kerana takut selain Allah dan meyakini ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat. Timbul dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, bila kanak-kanak melalui sebatang jalan yang ada sepohon pokok yang besar, maka diajar untuk minta izin, “ampun datuk, anak cucu nak lalu”. MasyaAllah, jika tidak diperbetulkan, maka kanak-kanak seumpama itu membesar dalam keadaan yang tersalah akidahnya. Bagaimana pula pandangan Islam terhadap alam ghaib? Jelas dalam surah Al Baqarah ayat 1-2 , Allah berfirman: ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. Nah! Menurut firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 1 -2 ini, Allah memberitahu bahawa orang-orang bertaqwa adalah orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Sangatlah bersalahan dengan kepercayaan alam ghaib di kalangan masyarakat Melayu, hasil daripada apa yang dipersembahkan oleh media elektronik dan cetak di negara ini. Masyarakat Melayu seperti yang telah dinyatakan di atas dicorak sebagai masyarakat yang jumud dan takut pada makhluk bahkan kepada malam hari. Sedangkan Islam mengajar umatnya beriman kepada alam ghaib sebagai syarat taqwa. Tanpa membawa pembaca terlalu jauh, ingin dinyatakan lembaran sejarah betapa membenarkan perintah Allah bahawa orang bertaqwa ialah orang yang beriman kepada alam ghaib. Sudah tentu kisah Sayidina Abu Bakar As Sidiq RA. Selepas baginda Rasulullah SAW menerima dua perisitiwa kesedihan iaitu kematian dua insan kesayangan dan yang banyak berjasa, Sayidatina Khadijah RA dan bapa saudara baginda, Abu Thalib, Rasulullah SAW dihadiahkan satu peristiwa besar yakni Israk wal Mikraj. Perjalanan malam oleh baginda Rasulullah ditemani oleh Sayidina Jibril as dengan baginda Rasul menaiki Buraq, daripada Masjidil Haram ke Masjidl Aqsa. Kemudian baginda Rasulullah dimikrajkan menghadap Allah di Sidratul Muntaha (tempat yang bukan tempat -Maha Suci Allah daripada mengambil tempat). Bayangkanlah! Ketika Abu Jahal bersorak sorai dalam hati dengan penuh keyakinan, bahawa Muhammad (baginda Rasulullah) tidak akan dipercayai lagi, kerana kisah ghaib yang langsung tidak boleh diterima akal, tiba-tiba Sayidina Abu Bakar As Sidiq, telah membenarkan semua cakap-cakap baginda Rasulullah. Selain meyakini benar apa yang diungkapkan oleh Rasulullah, keimanan Sayidina Abu Bakar As Sidiq kepada alam ghaib adalah antara yang menjadi titik tolak Islam dan Rasulullah terus diterima oleh para Sahabat ketika itu dan terus berkembang hingga ke hari ini, yang mana kita juga direzekikan menganut satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Maka tidak hairanlah bila mana baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud, “Jika ditimbang iman Sayidina Abu Bakar dengan sekelian umat, nescaya berat lagi iman Sayidina Abu Bakar”. Memang tepat sekali. Keimanan Sayidina Abu Bakar terhadap alam ghaib melalui kisah Israk wal Mikraj telah menyelamatkan iman kita semua. Begitu sekali “power” beriman ke alam ghaib! Tapi jangan tidak perasan. Seperti yang dinyatakan pada awal lagi, betapa musuh Islam telah berjaya memesongkan kepercayaan kepada alam ghaib, yang hanya tertumpu kepada jin, syaitan, jembalang dan lain-lain. Sangat sedikit yang benar-benar beriman kepada alam ghaib mengikut kayu ukur Islam sebenar seperti alam barzakh, siksa kubur, syurga, neraka, masyhar dan yang lainnya. Kita di Global Ikhwan sangat-sangat beruntung! Kalau dulu, alam di sana tidaklah difikirkan sangat walaupun Allah perintahkan supaya kita beriman dengan alam ghaib. Tapi kini,alam ghaib sudah menjadi daerah utama yang kami jangkau dengan seluruh ingatan dan fikiran kami. Alam ghaib sudah menjadi kampung idaman hati untuk ikut pergi. Habis masa kami untuk beramal dengan selawat Badawi meminta Allah sampaikan salam rindu kepada Nur Muhammad. Sampaikan kami sudah sanggup di tengah-tengah malam bangun untuk menyatakan kepada Allah betapa rindunya hati kepada pemimpin kebenaran yang dijanjikan. Sungguh alam ghaib telah menjadi motivasi yang berkesan sekali kepada kami, untuk beriman kepadanya”. Tidak cukup dengan itu. Kita diminta untuk merindui tokoh pemimpin yang ghaib iaitu Sayidina Muhammad SAW, Sayidi Syeikh Muhammad Imamul Mahdi dan Putera Bani Tamim. Yang mana kerinduan kepada mereka akan menjanakan jiwa juang tahap maksima, yang akan diterjemahkan dalam bentuk pengorbanan hingga Allah diagungkan dan Rasulullah dibanggakan semula ke seluruh dunia. Ayuh! Sama-sama kita memburu rindu. Rindu kepada yang ghaib. Wallahua’lam

ALAM GHAIB MENURUT ISLAM

Ditulis oleh Abdur Rosyid
Alam dibedakan atas alam ghaib (seperti Allah, malaikat, jin, surga, dan neraka) dan alam tampak. Ghaib menurut bahasa berarti yang tidak tampak. Allah-lah yang paling mengetahui kedua alam tersebut. “Dialah Allah yang tidak ada ilah kecuali Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang tampak (QS Al-Hasyr : 22)”. “Sesungguhnya Aku mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kalian tampakkan dan apa yang kalian sembunyikan (QS Al-Baqarah : 33)”. Kita harus beriman kepada yang ghaib. “Kitab ini tidak ada keraguan didalamnya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib … (QS Al-Baqarah : 2-3)”. Tetapi kita hanya bisa mengetahui yang ghaib secara benar dengan cara ikhbari, yakni sejauh apa yang dikemukakan oleh Allah dan Rasul-Nya (Al-Qur’an dan As-Sunnah). Alam ghaib yang diciptakan oleh Allah merupakan ujian bagi manusia selama dia hidup di dunia. Manusia diuji apakah ketika di dunia dia beriman kepada Allah, Hari Akhir, surga, neraka, pahala akhirat dan sebagainya – yang mana semuanya itu tidak tampak – ataukah dia mengingkarinya. Malaikat Malaikat merupakan tentara-tentara Allah yang ditugaskan untuk urusan-urusan tertentu. Diantara malaikat-malaikat Allah kita mengenal antara lain malaikat yang sepuluh, delapan malaikat yang mengusung Arsy Allah (QS Al-Haaqqah : 17), dan malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk menolong orang-orang mukmin yang sedang berjihad (QS Al-Anfal : 9). Sifat-sifat malaikat : 1)Memiliki dua, tiga, atau empat sayap (QS Faathir : 1), kecuali Jibril - yang merupakan malaikat yang paling besar - memiliki 600 atau 700 sayap (Shahih Al-Bukhari). 2)Suka berkumpul di majelis-majelis dzikir / ilmu sembari memohonkan ampun bagi yang ada disitu dan mengepak-ngepakkan sayap mereka sebagai tanda ridha. 3)Merupakan tentara-tentara Allah yang tidak pernah bermaksiat (membangkang) atas perintah Allah kepada mereka dan senantiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka. 4)Tidak menikah, tidak makan, dan tidak minum. 5)Tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar yang diharamkan. 6)Menyukai tempat-tempat yang bersih. Jin
Jin dan manusia yang dua makhluq Allah yang dibebani dengan syariat agama, sehingga dikenai pahala dan siksa. Semua jin bisa meninggal dunia kecuali Iblis dan keturunannya yang ditangguhkan kematiannya sampai Hari Kiamat. Iblis dahulunya juga jin tetapi setelah menolak sujud kepada Adam atas perintah Allah, ia beserta keturunannya dilaknat oleh Allah. Jadi Iblis dan keturunannya kafir seluruhnya, berbeda dengan jin yang terdiri atas mukmin dan kafir. Jin yang kafir ini sering juga disebut sebagai syaithan karena memiliki sifat yang serupa. Disamping itu, istilah syaithan juga dipakai untuk manusia yang memiliki sifat-sifat syaithan. Adapun jin yang muslim, sebagaimana manusia, ada yang benar-benar taat dan ada pula yang suka berbuat maksiat. Syaithan dan jin menikah, makan, dan juga minum. Keduanya tingal di alam yang tidak terlihat oleh manusia, tetapi mereka bisa melihat manusia. Tetapi jika mereka menampakkan diri di alam tampak dalam wujud alam tampak maka manusia bisa melihat mereka. Syaithan dan jin yang ingkar menyukai tempat-tempat yang kotor dan juga rumah-rumah yang tidak dibacakan Al-Qur’an didalamnya dan rumah-rumah yang penghuninya tidak pernah berdzikir kepada Allah. Qarin (Pendamping) Manusia Allah telah menetapkan bahwa setiap manusia didampingi oleh seorang malaikat (yang senantiasa mengajak kepada kebaikan) dan seorang jin kafir (yang senantiasa mengajak kepada keburukan). Semua jin yang menjadi qarin manusia adalah kafir kecuali jin qarin Rasulullah yang telah diislamkan oleh Allah. Interaksi antara Jin dan Manusia 1)Dari sisi penciptaan, manusia lebih baik dan lebih mulia daripada jin. “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik penciptaan (QS At-Tiin)”. “Dan sungguh Kami telah memuliakan keturunan Adam (manusia) … (QS Al-Isra’)”. 2)Rasul-rasul Allah adalah dari kalangan manusia. Tetapi jin tetap bisa mendengarkan dakwah mereka karena jin bisa melihat dan mendengarkan mereka dari alam mereka. 3)Dalam syariat Nabi Muhammad saw, kita dilarang untuk meminta perlindungan dan meminta pertolongan kepada jin, meskipun dalam perkara kebaikan. “Dan terdapat sekelompok manusia yang meminta perlindungan kepada sekelompok jin sehingga para jin itu menjadi semakin congkak (QS Al-Jin)”. 4)Islam mengharamkan pernikahan antara jin dan manusia. Tentang Peramalan Syaithan senantiasa berusaha untuk mencuri berita langit dengan cara saling berpikul-pikulan diantara mereka sehingga yang diatas menyampaikan kepada yang dibawahnya. Jika telah sampai pada syaithan yang paling bawah maka syaithan tersebut akan menyampaikannya pada tukang ramal (dukun). Tetapi setiap kali mereka berusaha mencuri berita langit itu, Allah menjadikan suluh-suluh api yang menyambar mereka. Sebagian besar usaha pencurian mereka senantiasa gagal tetapi jika sekali saja mereka berhasil mencuri maka satu berita benar itu akan dibungkus dengan 99 kedustaan dan kebatilan. Tentang Sihir Sihir merupakan salah satu dosa besar. Dalam hukum Islam, pelaku sihir harus dihukum mati. Sihir ada yang berupa tipuan pandangan mata dan ada pula yang menyakiti orang lain. Pintu-Pintu Penyebab Campur Tangan Jin di Alam Manusia Faktor-faktor penyebab campur tangan dan gangguan jin di alam manusia melalui berbagai pintu, antara lain: a. Pintu kelemahan kondisi psikologis (kejiwaan) seperti : Perasaan takut sekali, sedih sekali, marah sekali, kelalaian hati dari zikrudllah dan semacamnya b. Pintu memperturutkan hawa nafsu di tengah maraknya berbagai kemaksiatan. c. Pintu bid'ah dengan segala macam dan tingkatannya yang tersebar di tengah - tengah masyarakat. d. Pintu dunia perdukunan, peramalan dan sejenisnya. e. Pintu dunia beladiri dan olah kanoragan dengan menggunakan tenaga dalam. f. Pintu dunia olah pernafasan, meditasi dan semacamnya. g. Pintu dunia pengobatan alternatif supranatural. h. Kencederungan umum masyarakat kepada dunia klenik, mistik dan misteri. i. Dan lain - lain.
Tentang Ruqyah Syar’iyah Definisi: Ruqyah Syar'iyah adalah sebuah terapi syar'i dengan cara pembacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan do'a-do'a perlindungan yang bersumber dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yang dilakukan seorang muslim, baik dengan tujuan untuk penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata (al-'ain) manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai penyakit fisik dan lain-lain; Maupun dengan tujuan untuk pengobatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu diantara jenis-jenis gangguan dan penyakit tersebut. Penting: Istilah Ruqyah disertai kata Syar'iyah dimaksudkan bahwa, terapi ini dalam pelaksanaannya harus murni semurni-murninya sesuai dengan batasan-batasan Syari'ah Islam yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan hal itu baik dalam kemurnian Aqidah, niat dan tujuan, muatan dan isi, maupun tata cara pelaksanaan. Jadi harus bersih sebersih-bersihnya dari unsur-unsur campuran yang tidak berdasar (bid'ah) dan yang melanggar hukum Syara'. Urgensi Ruqyah Syar'iyah 1. Menghidupkan sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dalam hal penjagaan dan perlindungan diri serta terapi pengobatan penyakit jiwa maupun fisik. 2. Minimnya pembentengan diri dengan wirid - wirid dan dzikir- dzikir syar'i, sehingga banyak kalangan yang berpeluang terkena pengaruh buruk pandangan mata kedengkian manusia dan jin. Disamping banyaknya korban kejahatan dunia sihir dan perdukunan. Perisai Diri 1. Secara umum, jagalah ketaatan dan jauhi kemaksiatan. 2. Peliharalah sholat fardhu dan juga sholat-sholat nafilah, khususnya sholat rawatib, qiyamul lail (minimal witir) dan sholat dhuha. 3. Perbanyaklah membaca Al-Qur'an setiap hari, khususnya pada malam hari, dan lebih afdhal jika disertai dengan membaca terjemah tafsirnya untuk tadabbur. 4. Persempitlah jalan syaithan dalam diri dengan banyak berpuasa, minimal tiga hari setiap bulan. 5. Basahi lidah dan bibir dengan banyak berdzikir, baik dzikir secara khusus pada kesempatan-kesempatan tertentu maupun dzikir secara umum seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, bershalawat, dan lain-lain. 6. Jagalah wirid dzikir pagi dan petang dengan Al-Ma'tsurat atau lainnya yang bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah. 7. Bekali diri dengan ilmu yang shahih berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah sesuai manhaj as-salaf ash-shalih, dengan banyak membaca, konsultasi, mengikuti kajian-kajian Islam secara manhaji, dan lain-lain; khususnya dalam tema-tema aqidah, tazkiyatunnafs, tafsir Al-Qur'an, dan Al-Hadits. 8. Jauhilah kebiasaan melamun dan mengkhayal, serta hindarkan pikiran dari hal-hal yang membebani sampai membuat gelisah, sedih, takut, tertekan, marah, putus asa, dan lain-lain. 9. Pertahankan diri selalu berada di tengah lingkar pertemanan dan kebersamaan islami yang istiqamah. 10. Sering-seringlah bermuhasabah diri diikuti taubat dan istighfar. 11. Usahakan selalu dalam keadaan suci (berwudhu). 12. Tidurlah secara islami (sesuai Sunnah), dengan cara : a.Niat (tidur dengan sengaja). b.Berwudhu. c.Membersihkan dan merapikan tempat tidur. d.Membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. e.Membaca Ayat Kursi dan dua ayat terakhir Surat Al-Baqarah. f.Mendekatkan kedua telapak tangan ke mulut, meniup, dan membaca surat-surat: Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas, lalu mengusapkan pada anggota badan semerata mungkin. Dan ini dilakukan tiga kali. g.Membaca doa tidur. h.Tidur dengan cara berbaring miring ke kanan. i.Jika bermimpi buruk hendaklah : 1) Meludah kecil ke sebelah kiri 3 kali. 2) Berta'awwudz. 3) Mengubah posisi tidur. 4) Tidak menceritakannya. 5) Lebih baik jika bangun, berwudhu, lalu sholat. j. Membaca doa bangun tidur.

Monday, September 3, 2012

SEMINAR PERUBATAN ISLAM ( TIAF )

Tempat : Komplek Dagangan Mahkota Indera Mahkota Kuantan Tarikh : 29 & 30 Sept 2012 Mahar Seminar Ahli PTIAFM : Rm 230.00 Bukan Ahli : Rm 250.00 Pada malam 29 Sept akan diadakan Majlis Halaqoh Zikir, Tazkirah Qalbu serta Solat Hajat Untuk pertanyaan /pendaftaran Sila msgkan nama penuh & kaedah pembayaran kepada Cikgu Nuar (017-9779070) Kaedah pembayaran 1-Bank-in MAYBANK (156094081123) MOHAMMED KHAIRUL ANWAR 2-Pembayaran ketika pendaftaran www.terapi-alfatahzontimur.blogspot.com

Saturday, September 1, 2012