CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Sunday, September 9, 2012

Pengenalan Alam Ghaib

Pengertian ghaib dari segi bahasa ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata. Namun umum masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia, sering mengaitkan alam ghaib dengan jin, syaitan, jembalang dan sewaktu dengannya. Lebih menarik lagi timbul pelbagai jenis-jenis hantu jembalang. Sebagai contoh: Hantu raya Toyol Langsuir Jerangkung Pocong Hantu galah dan pelbagai nama lagi Sejak akhir-akhir ini pula, terlalu kerap media-media elektronik dan cetak menyajikan kisah-kisah seram. Saluran-saluran TV seolah-olah berlumba-lumba dalam menyiarkan pelbagai rancangan yang bercorak seram, mistik, misteri dalam mengenengahkan alam ghaib kepada khalayak. Begitu juga dengan pengeluar-pengeluar filem, saling bersaing antara satu sama lain mengeluarkan filem berunsur seram. Lebih-lebih lagi ada beberapa filem yang telah mendapat pengikitirafan, bila berhasil menarik ramai khalayak ke pawagam. Tanpa disedari umum masyarakat Melayu yang majoritinya adalah Islam, hanya mampu mengaitkan alam ghaib dengan alam mistik dan alam jin semata. Hal yang sedemikian adalah sangat membimbangkan kerana umum mengetahui hasil membaca, menonton siri TV atau filem berunsur seram ini, telah mencorakkan bangsa Melayu yang penakut. Takut kepada hantu jembalang dan seangkatannya. Tanpa kita sedar, kita telah melahirkan sekelompok masyarakat yang menyekutukan Allah. Yakni jatuh kepada dosa syirik kerana takut selain Allah dan meyakini ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat. Timbul dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu, bila kanak-kanak melalui sebatang jalan yang ada sepohon pokok yang besar, maka diajar untuk minta izin, “ampun datuk, anak cucu nak lalu”. MasyaAllah, jika tidak diperbetulkan, maka kanak-kanak seumpama itu membesar dalam keadaan yang tersalah akidahnya. Bagaimana pula pandangan Islam terhadap alam ghaib? Jelas dalam surah Al Baqarah ayat 1-2 , Allah berfirman: ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. Nah! Menurut firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 1 -2 ini, Allah memberitahu bahawa orang-orang bertaqwa adalah orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Sangatlah bersalahan dengan kepercayaan alam ghaib di kalangan masyarakat Melayu, hasil daripada apa yang dipersembahkan oleh media elektronik dan cetak di negara ini. Masyarakat Melayu seperti yang telah dinyatakan di atas dicorak sebagai masyarakat yang jumud dan takut pada makhluk bahkan kepada malam hari. Sedangkan Islam mengajar umatnya beriman kepada alam ghaib sebagai syarat taqwa. Tanpa membawa pembaca terlalu jauh, ingin dinyatakan lembaran sejarah betapa membenarkan perintah Allah bahawa orang bertaqwa ialah orang yang beriman kepada alam ghaib. Sudah tentu kisah Sayidina Abu Bakar As Sidiq RA. Selepas baginda Rasulullah SAW menerima dua perisitiwa kesedihan iaitu kematian dua insan kesayangan dan yang banyak berjasa, Sayidatina Khadijah RA dan bapa saudara baginda, Abu Thalib, Rasulullah SAW dihadiahkan satu peristiwa besar yakni Israk wal Mikraj. Perjalanan malam oleh baginda Rasulullah ditemani oleh Sayidina Jibril as dengan baginda Rasul menaiki Buraq, daripada Masjidil Haram ke Masjidl Aqsa. Kemudian baginda Rasulullah dimikrajkan menghadap Allah di Sidratul Muntaha (tempat yang bukan tempat -Maha Suci Allah daripada mengambil tempat). Bayangkanlah! Ketika Abu Jahal bersorak sorai dalam hati dengan penuh keyakinan, bahawa Muhammad (baginda Rasulullah) tidak akan dipercayai lagi, kerana kisah ghaib yang langsung tidak boleh diterima akal, tiba-tiba Sayidina Abu Bakar As Sidiq, telah membenarkan semua cakap-cakap baginda Rasulullah. Selain meyakini benar apa yang diungkapkan oleh Rasulullah, keimanan Sayidina Abu Bakar As Sidiq kepada alam ghaib adalah antara yang menjadi titik tolak Islam dan Rasulullah terus diterima oleh para Sahabat ketika itu dan terus berkembang hingga ke hari ini, yang mana kita juga direzekikan menganut satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Maka tidak hairanlah bila mana baginda Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud, “Jika ditimbang iman Sayidina Abu Bakar dengan sekelian umat, nescaya berat lagi iman Sayidina Abu Bakar”. Memang tepat sekali. Keimanan Sayidina Abu Bakar terhadap alam ghaib melalui kisah Israk wal Mikraj telah menyelamatkan iman kita semua. Begitu sekali “power” beriman ke alam ghaib! Tapi jangan tidak perasan. Seperti yang dinyatakan pada awal lagi, betapa musuh Islam telah berjaya memesongkan kepercayaan kepada alam ghaib, yang hanya tertumpu kepada jin, syaitan, jembalang dan lain-lain. Sangat sedikit yang benar-benar beriman kepada alam ghaib mengikut kayu ukur Islam sebenar seperti alam barzakh, siksa kubur, syurga, neraka, masyhar dan yang lainnya. Kita di Global Ikhwan sangat-sangat beruntung! Kalau dulu, alam di sana tidaklah difikirkan sangat walaupun Allah perintahkan supaya kita beriman dengan alam ghaib. Tapi kini,alam ghaib sudah menjadi daerah utama yang kami jangkau dengan seluruh ingatan dan fikiran kami. Alam ghaib sudah menjadi kampung idaman hati untuk ikut pergi. Habis masa kami untuk beramal dengan selawat Badawi meminta Allah sampaikan salam rindu kepada Nur Muhammad. Sampaikan kami sudah sanggup di tengah-tengah malam bangun untuk menyatakan kepada Allah betapa rindunya hati kepada pemimpin kebenaran yang dijanjikan. Sungguh alam ghaib telah menjadi motivasi yang berkesan sekali kepada kami, untuk beriman kepadanya”. Tidak cukup dengan itu. Kita diminta untuk merindui tokoh pemimpin yang ghaib iaitu Sayidina Muhammad SAW, Sayidi Syeikh Muhammad Imamul Mahdi dan Putera Bani Tamim. Yang mana kerinduan kepada mereka akan menjanakan jiwa juang tahap maksima, yang akan diterjemahkan dalam bentuk pengorbanan hingga Allah diagungkan dan Rasulullah dibanggakan semula ke seluruh dunia. Ayuh! Sama-sama kita memburu rindu. Rindu kepada yang ghaib. Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment