CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu

Followers

Monday, March 7, 2011

Tanda-tanda orang terkena gangguan sihir atau Jin

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:
Gejala pada waktu tidur:
*Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
*Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
*Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
*Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
*Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
*Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
*Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
*Berdiri dan berjalan ketika tidur.
*Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
*Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
*Mimpi berada di tempat sunyi.
*Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
*Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
*Mimpi melihat salib atau gereja.
*Mimpi bertemu paderi.
*Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala pada waktu jaga:
* Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
*Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
*Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
*Sering lesu dan malas.
*Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
*Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
*Lenguh di sendi-sndi utama.
*Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
*Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
*Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
*Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
*Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
*Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
*Mudah marah dan panas baran.
*Emosional dan terlalu sensitif.

No comments:

Post a Comment