CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Friday, March 11, 2011

PERIHAL JIN ASYIK

Gangguan oleh jin asyik adalah yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Bezanya jin sihir perlu rawatan berulang sedangkan jin asyik dapat diselesaikan dengan 2-3kali rawatan.

Gangguan jin asyik bermula dari peringkat seseorang itu diperingkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila jin yang tinggal dirumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui oleh pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit sepertimana kita melihat ikan laga dalam botol, ataupun seperti menonton filem hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan. Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri depan cermin, bersolek, membuka serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan bibit permusuhan antara pesakit dengan pasangannya.

Jin asyik juga boleh berasal dari jin sihir mahupun saka yang telah lama bertapak pada pesakit.

Tanda-tanda gangguan antaranya pesakit sering mengadu sakit kepala, pesakit amat sensitif, suka bersendirian, tak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal, tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam. Terdapat tanda lebam terutama di bahagian peha, betis, tangan, perut dsb. Ketika jaga adakala pesakit merasakan dia diperhatikan dan adakalanya mendengar bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.

Apabila tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama. Pesakit adakalanya bermimpi dalam majlis kenduri, bersanding dan melakukan persetubuhan haram dengan pemuda berkenaan. Selepas itu dia bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak2 hasil perkongsian mereka.

Ada pesakit yang akhirnya boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya disekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan "kehidupannya".

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila saya dialog dengan jin asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan.

Gangguan jin asyik tidak terhad kepada yang belum berkahwin sahaja. Seorang wanita yang sakit kaki apabila saya rawat dan berdialog ternyata didiami oleh jin betina yang sudah agak lanjut usia. Apabila saya suruh suami pesakit menyentuh tangan isterinya jin berkenaan tersipu-sipu malu. Ternyata dia adalah jin asyik yang menaruh cinta kepada suami pesakit berkenaan. Apabila ia berada ditubuh siisteri dia mempengaruhi siisteri dalam banyak kelakuan bagi membolehkannya bersama dengan sisuami.

Adakah anda berani mengatakan anda tiada jin asyik walaupun simpton2 di atas tidak terdapat pada diri anda? Belum tentu.... ada juga jin yang menjadikan kita sebagai idolanya....ceritanya panjang, nanti saya tulis lagi insyaALLAH.

by abdul majid hassan
copied from akrine.blogspot.com

No comments:

Post a Comment