CATITAN PENGALAMAN SEORANG HAMBA ALLAH.....

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.
- Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu
free counters

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Mahukah anda memiliki kasyaf ( sixth sense ) ?

Bagi pengamal Tasawuf apalagi yang sudah pernah iktikaf, rasanya tidak asing mendengar kata Kasyaf atau pengucapan mudahnya menjadi “Kasyaf”. Kalau ada teman seperguruan yang boleh meneka isi hati orang lain atau mengetahui hal-hal yang belum terjadi kemudian kita menamakannya dengan kasyaf. Kita semua sepakat bahawa seorang yang kasyaf adalah orang yang mempunyai kemampuan untuk mengetahui hal-hal ghaib baik tentang dirinya maupun diluar dirinya, yang telah terjadi atau yang akan terjadi. Akan tetapi pada umumnya kita tidak terlalu membincangkan makna kasyaf yang sebenarnya.


Prof. Dr. Djama’an Nur Guru Besar IAIN Raden Patah Palembang dalam bukunya “Tasawuf mengatakan bahawa Ilmu Kasyaf adalah ilmu yang diperoleh dengan terbukanya hijab (dinding atau tabir), sehingga hati nurani manusia mengetahui rahsia Ilahi, alam ghaib sebagai rahmat dari Allah SWT, setelah dekatnya yang bersangkutan dengan Allah. Menurut bahasa, kasyaf berarti terbuka atau tidak tertutup. Ilmu Kasyaf itu berpusat di hati sanubari manusia yang berada di dalam dada.

Muhammad Solikhin dalam buku “Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar” mengatakan bahawa kasyaf adalah penyingkapan atau wahyu, atau pengetahuan langsung dari Allah setelah seorang sufi berhasil melampaui tahap dzauq. Kasyaf merupakan salah satu jenis pengetahuan langsung, yang dengan itu pengetahuan tentang Hakikat diungkapkan pada hati seorang sufi dan kekasih yang mencintai Allah.

Dengan sifat rahmat-Nya, Allah memberikan kepadanya sebuah Pengungkapan diri Allah. Tidak hanya menambah pengetahuannya tentang Allah, melainkan juga menambah kerinduannya yang bergelora dalam lautan cintanya kepada Allah. Disinilah seorang sufi sampai pada sebutan Ahli al-kasyaf wa al-wujud (Kaum Penyingkap dan Penemu). Dalam penyingkapan itulah mereka “menemukan” dan “bertemu” Allah.

Dalam dunia sufi, terdapat lima jenis penyingkapan yang sering terjadi pada para sufi :

1. Kasyf ‘aqli; Penyingkapan melalui akal. Ini merupakan tingkatan pengetahuan intuitif yang paling rendah. Allah tidak boleh diketahui dan dicintai melalui akal (al-‘agl), kerana akal membelenggu dan menghalangi manusia dalam tahap akhir kenaikan menuju Allah. Akal mempunyai dimensi rendah tentu saja tidak akan boleh menjaungkau Zat yang Tidak Terhingga yag mempunyai dimensi sangat tinggi. Siapapun yang mencari Allah menggunakan akal tidak akan boleh menemukan Hakikat Allah yang sebenarnya. : “Bumi dan langit-Ku tidak sanggup memuat-Ku, hanyalah hati hamba-Ku yang lembut lagi tenang yang sanggup memuat-Ku”.

2. Kasyaf arwah. Adalah bentuk penyingkapan roh-roh. dimulakan tentang pengetahuan atas roh diri sendiri, kemudian tentang roh-roh manusia dan makhluk lain, lalu meningkat ke roh dalam seluruh dimensi “alam al-ghaib. Puncak pada pengetahuan langsung roh al-idhafi, dan diarahkan kepada al-Roh al-Haqq.

3. Kasyf Bashari atau juga kasyf kauni. Merupakan penyingkapan pada tataran makhluk. Penyingkapan visual yang terjadi melalui penciptaan yang dilakukan Allah. Dalam suatu peristiwa (tempat, tindakan, atau ucapan manusia) seorang yang suci boleh menjadi tempat bagi penyingkapan visual ini. Allah adalah Yang Maha Mutlak. Dia adalah Keindahan (Jamal) dan Keagungan (Jalal). Melalui makhlukNya, Allah boleh mengungkapkan diri-Nya pada hamba-Nya melalui salah satu Nama Keindahan-Nya yang akan menimbulkan kemanisan dan kesenangan. Atau lewat salah satu Nama Keagungan-Nya yang akan melahirkan ketakziman dan ketakutan. Disinilah peranan al-asma’ al-husna atau al-asma’ al-nabi sangat strategik untuk menghantarkan dan membawa seorang sufi ke dalam samudera penghayatan rohaniah.

4. Kasyf Imani. Penyingkapan melalui keimanan. Penyingkapan ini terjadi melalui ketulusan iman seorang mukmin. Kadar intensiti penyingkapan ini boleh berfungsi sebagai katalisator yang mengaktifkan sang Mukmin untuk lebih banyak lagi mencari dan pengetahuan spritual.

5. Al-kasyf al-Ilahi. Penyingkapan Illahi. Penyingkapan ini merupakan buah manis dari ibadah terus menerus dan menghiasi hati dengan mengingat Allah (Dzikurullah). Prosesnya boleh melalui dzikir, wirid, atau mujahadah dan sejenisnya. Penyingkapan Ilahi ini boleh terjadi secara langsung dalam hati, tanpa bantuan visual apapun, yakni ketika keindahan Allah masuk kedalam hati seorang sufi dan pecinta-Nya. Ini juga boleh terjadi dengan bantuan visual berupa lokus tertentu bagi Cahaya Ilahi, seperti dengan senjata wushuliyah seorang suci (Mursyid), benda atau tempat suci. Menghadirkan Mursyid terus menerus dalam hati ibarat menyambungkan elektrik ke pusat sumber elektrik sehingga elektrik mengalir dengan sempurna dan boleh dipergunakan untuk apa saja. Atau ibarat menyambungkan sebatang paip agar air boleh mengalir dari sumbernya dan boleh dipergunakan menurut keperluan. Seseorang yang memperoleh penyingkapan ini akan Melihat Wajah Allah yang tercermin melalui senjata hantaran yang ada, dan terpantul ke dalam lubuk hati.

Dari semua tingkatan itu maka Al-kasyaf al-Ilahi mempunyai kedudukan yang sangat tinggi kerana pada tahap ini seorang hamba boleh melihat dengan jelas Tuhannya melalui hati yang bening dan tenang. Melihat Tuhan adalah puncak dari terbukanya hijab sedangkan kemampuan melihat hal-hal ghaib lain seperti Malaikat, Jin dan lain-lain adalah tingkatan dibawahnya begitu juga kemampuan membaca isi hati orang lain adalah salah satu kemampuan yang di dapat oleh orang yang sudah terbuka hijabnya.

Ilmu Kasyaf, Ilmu Laduni dan kemampuan ghaib adalah ilmu yang dimiliki oleh orang yang dekat dengan Allah. Kalau kita membuka cacatan sejarah akan kita jumpai banyak sekali kekeramatan yang dimiliki oleh Para Wali Allah dan juga Ulama yang dekat dengan-Nya. Syekh Abdul Qadir Jailani, Syekh Abu Yazid Al Bisthami, Rabi’ah Al Adawiyah, Junaidi Al-Baghdadi, Abu Said Al-Kharaj, Imam AL-Ghazali adalah orang-orang yang mempunyai kekeramatan dan dicatat dalam sejarah Islam. Kemampuan mereka bukan untuk ditampilkan dengan penuh kesombongan akan tetapi semata-mata sebagai senjata dakwah untuk menambah keimanan orang.

Bagi kaum Sufi, kadang-kadang mereka tidak pernah tahu tentang definisi dan tingkatan kasyaf akan tetapi mereka sudah berada di alam kasyaf dan itu jauh lebih baik daripada menghafal definisi dan pembagian kasyaf namun tidak pernah sampai kepada alam-Nya.

Menutup tulisan ini saya mengutip sebuah pesanan di antara Sembilan Pesan Penting yang selalu dibacakan di saat penutupan iktikaf sebagai peringatan kita semua agar selalu berhati-hati dan terus bermujahadah tanpa henti.

“…Jika engkau diperintahkan mengamalkan satu khatam, maka amalkanlah sekurang-kurangnya satu khatam, jika engkau diperintahkan mengamalkan sekali duduk maka amalkanlah sekurang-kurangnya sekali duduk. Jika engkau patuhi semuanya maka akan bertambah-tambah akan kasyaf mu dan jika tidak engkau kerjakan maka lambat laun akan hilang semuanya walau engkau Ahli Kasyaf sekalipun…”

5 comments:

  1. Kasyaf
    Apa itu Kasyaf?
    Kasyaf ialah satu istilah yang dipakai kepada pembuka hijab melalui ilham, ia sumber maklumat yang menyamai wahyu kepada nabi-nabi, antara wahyu dan ilham dibezakan oleh penerima sama ada nabi ataupun bukan.
    Kasyaf ditakrifkan sebagai menyingkap maklumat disebalik hijab yang berupa perkara ghaib dan perkara-perkara yang benar ada.
    Kaum sufi berpendapat, apabila seseorang itu dianugerahkan ilham, maka terbukalah hijab dengan itu mereka dapat menyingkap alam langit dan bumi, Sidratul muntaha, Loh mahfuz, syurga, neraka, kursi, kalam dan lain-lain yang selama ini menjadi rahsia. Mereka berpendapat tiada daun gugur di bumi, tiada air yang turun dari langit, tiada bayi yang lahir, tiada kejadian yang berlaku tanpa pengetahuan kaum sufi yang beroleh kasyaf. Mereka mengetahui apa yang tertulis di loh mahfuz , mereka tahu dengan bahasa apa ditulis dan dengan pena mana dicatat setelah hijab dibuka. Maklumat ini menurut mereka tertutup kepada ulamak yang dinamakan ulamak syar’iyyat.
    Apakah pandangan Al-Ghazali mengenai Kasyaf?
    Al-Ghazali mengakui kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa, ia hanya didapati melalui jalan takwa dan mujahadah, namun menurutnya tidak semua orang berjaya mendapatkannya.
    Al-Ghazali menyatakan ilmu kasyaf tidak boleh ditulis di dalam kitab, kerana ia jelas bertentangan dengan hokum syarak. Hakikat ini dibayangkan di dalam kitabnya Manhaj Al-‘Abidin menerusi dua bait syair yang dihubungkan kepada Ali Zainal yang bermaksud:
    “Kadangkala ilmu ini kalau saya hebahkan rahsianya, nanti saya dituduh penyembah berhala. Orang Islam akan menghalalkan darahku kerana menganggap baiknya perkara keji yang mereka lakukan.”
    Kebimbangan Al-Ghazali memang berasas apabila dituduh sebagai penyembah berhala dan layak dibunuh kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan syariat.
    Al-Ghazali menjelaskan kasyaf, dengan katanya:
    “Hendaklah duduk dengan hati yang kosong , penuh keinginan kepada Allah, fikirannya tidak dipisahkan dengan bacaan Al-Quran dan tidak juga dengan meneliti tafsir, tidak menulis hadis, dan sebagainya, cukup dengan lisan berterusan menyebut Allah…..Allah…Allah…”
    Limpahan Ilmu kasyaf ke dalam hati sehingga mendengar suara hak, berlaku melalui khulwah berikut:
    “Khulwah itu hanya berlaku di dalam rumah yang gelap maka masuklah kepalanya dalam baju atau selimutnya dengan kain. Dalam keadaan ini ia akan mendengar dengan seruan Haq dan menyaksikan keagungan rububiyyah.”
    Selanjutnya Al-Ghazali berkata:
    “Apabila Allah menjaga urusan hati, nescaya melimpah-limpah rahmat atasnya. Teranglah nur pada hati, lapanglah dada dan terbukalah baginya rahsia pada alam malakut.”
    Walaubagaimanapun, Imam Al-Ghazali tidak pernah menyebut malaikat turun kepada kaum sufi, kerana beliau sedar sesiapa mendakwa wahyu masih turun selepas kewafatan Nabi maka ia kafir. Atas sebab ini beliau menolak dakwaan yang mengatakan bahawa hati para wali dan kaum sufi dilimpahkan ilmu yang mereka dakwa ke atas mereka.
    “Dalam penegasan mengenai Kasyaf sufi, Al-Ghazali cukup dengan mengatakan sebagai limpah ilmu ke dalah hati dan juga pendengaran suara.”
    [dinaqalkan dari Kitab Soal Jawab A-Z Tentang Tasawwuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya..karangan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri]

    ReplyDelete
  2. salam,

    tuan saya hendak bertanya malam tadi antara sedar dan tidak saya didatangi seseorang yang meminta bantuan untuk menghalau hantu/jin yang berada di rumahnya, pada masa itu semasa membuka pintu saya melihat hantu/jin yang sungguh buruk rupanya yang tinggi lampai dan besar berwarna gelap. Sebelum masuk saya telah membaca beberapa surah dan berzikir tanpa putus dan baharulah saya membuka pintu yang terdapat makhluk tersebut. Saya masih berzikir dan semasa hendak menghalau makhluk tersebut makhluk tersebut menyentuh di bahagian dada saya seperti tangannya berada di dalam badan sehingga saya sendiri merasa sakit dan sukar bernafas dan tidak dapat bergerak. pada waktu tersebut saya telah melihat wajah saya sendiri sebanyak tiga kali dan masa tersebut saya dapat menggerakkan tangan dengan bimbingan zikir yang tidak putus dan mengambil pedang dan mencucuk makhluk tersebut dengan kalimah Allah Hu Akbar maka hilanglah makhluk tersebut.

    Mohon pencerahan daripada tuan.

    ReplyDelete
  3. Bismillahirrahmanirrahim dalam tasawuf ada syariat thariqat haqiqat dan puncaknya ma'rifat, tentu harus dilalui dengan berat, syariat itu untuk Orang awam, padahal para sahabat nabi Saw mereka cukup mengamalkan syariat saja setelah tauhid yang kuat,
    Hatta setingkat Bilal saja oleh nabi Saw dicalonkan surga,tak ada Bilal bertirakat untuk mencapai derajat ma'rifat, kata nabi Saw
    Addiinu Yusrun: agama lslam itu mudah,
    Janganlah diperberat nanti banyak umat lslam yang nganggap sulit mau kesurga itu, bila sudah kasyaf terbuka alam ghaib,bisa diskusi dengan malaikat dengan roh para nabi bisa langsung menerima llmu Dari Alloh, itu dusta,
    Kan sudah ada Al-Qur'an dan hadits
    Sebagai pedoman hidup bagi muslim,
    Semoga pendapat beda ini menjadi tidak
    Rumit lagi dalam memahami lslam.

    ReplyDelete
  4. Tidaklah aku merasa kesulitan dalam menghantar Ilmu Aku ilmu Dia IlmuNya merahsiakan kepada Engkau, untuk sampai pada jawapannya,. comment no 2,. Wahai Pencari untuk mendapatkan Ilmu Tersebut Engkau Harus Mencari Titik mula Tiada Akhirnya,. Engkau Harus mengenal Dirimu, Itu akan sampai pada Tahap Yang Engkau Inginkan.. petama mengenal Zdat Allah Penjermaan Roh Tuhan(Allah) kedua harus mengenal sifat 20 Sifat Allah simpannya Didalam Hati Nuranimu,. Yang ketiga Adalah Asma-Nya Nama Allah,. Yang ke empat Adalah perbuatan-Nya(Af'al) Setiap Yang datang Kepadamu tak kira manusia Atau pun haiwan sekali pun,. Harus menyakiniNya, Itu Adalah PerbuatanNya, Jangan Mengunakan kekerasan Atau meyakitiNya,. Engkau pergi KepadaNya Bukan Lagi Seorang Pahlawan , Engkau Kesana Ingin Mengambil secebis Iimu,.
    Peliharalah baik2 iman dan kepercayaanMu Dan Tolaklah hawa nafsuMu,. Fana Wal Baqo,. Tiada Tuhan Yang Berhak di sembah Melainkan Hu Allah Spritual Menuju Alam Makrifatullah

    ReplyDelete